Fitria Elfina Kongsi Video Bertengkar Dengan Safee Sali Dan Isteri Baharu
Fitria Elfina, bekas isteri kepada Safee Sali yang baru sahaja disahkan bercerai talak dua berkongsi detik dirinya gagal berjumpa dua orang anak mereka. Fitria yang datang ke sebuah kondominium itu bagaimanapun tidak menyangka dapat berjumpa dengan Safee dan isteri baharunya yang kemudian cuba merayu untuk berjumpa anak-anak. Bagaimanapun, rayuannya tidak diendahkan dan berlaku sedikit pertelingkahan. Situasi itu dirakam Fitria yang kemudian dileraikan oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Difahamkan, sudah lebih setahun Fitria tidak dapat berjumpa dengan kedua-dua anaknya, Shanika Salsabila,9 dan Shania Safina, 7.